Friday, April 22, 2011

| | | 0 comments
                                                                     12 Sifat SAHABAT

kau sahabat,kau teman sejat 

1.Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2.Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3.Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4.Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5.Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6.Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7.Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8.Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9.Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu       
   (membuat sesuatu  untuk menghilangkan kesusahan itu)
10.Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11.Jika engkau merancangkan sesuatu,nescaya ia akan membantumu
12.Jika kamu berdua berselisih faham,nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.








tiada persengketaan antara kita...selamanya...INSYA ALLAH (^-^)

Monday, January 10, 2011

| | | 0 comments
SaBaR....KeSaBaRan....rAwAT dEnGaN SEnYuMaN


Adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.

Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.

Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'.


Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.

Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)

Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.

Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:

# Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.

# Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.

# Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.

Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan. 

SenYUmlAh WaLaUpun PaHiT....SabAr MeNiNGkAtKaN KeImAnAn

Waallahualam....

SeNyUm ItU sEDeKAh

Saturday, January 8, 2011

| | | 0 comments
Manis Muka 

       Di antara sifat-sifat yang boleh membukakan hati orang ramai kepada pendakwah dan menjadikannya dapat diterima dan dimesrai ialah sifatmanis muka dan manis tutur kata.    

      Muka adalah menjadi petunjuk pada seorang pendakwah, menjadi cermin yang melantunkan apa yang tersemat dalam lubuk hatinya. Kiranya beliau bermasam muka, keadaan itu menunjukkan beliau seorang yang sempit dada dan mudah keluh-kesah tetapi kiranya beliau seorang yang sentiasa bermuka manis, keadaan ini akan membayangkan kebaikan.

    Wajah yang manis bukanlah bererti kecantikan dan keindahan paras rupa,kerana boleh jadi paras rupa cantik tapi tidak terdapat padanya kemanisan. Sebaliknya boleh jadi paras wajah yang hodoh tetapi ia penuh dengan kemesraan dan keriangan.

    Seorang pendakwah mestilah membiasakan diri berwajah cerah sekalipun beliau terpaksa melatih dirinya berbuat demikian. Beliau juga mestilah membiasakan dirinya sentiasa tersenyum walaubagaimanapun keadaannya yang menderita dan menekan.

    Kejayaan seorang pendakwah tersembunyi pada kemampuannya menyesuaikan diri dan menguasainya, bukan sebaliknya. Beliau juga mestilah mampu mengawal dirinya pada semua keadaan yang dilaluinya. Beliau mestilah bijak memilih perkataan supaya sesuai dengan tempatnya.

     Saya kenal sesetengah para pendakwah yang keluar menghadapi orang ramai dengan senyum yang melimpah di muka mereka sedangkan di dalam hati mereka merendam dukacita dan permasalahan yang Allah sahajalah yang mengetahuinya.

     Saya juga mengenal para pendakwah lain yang tidak mampu menguasai diri mereka berdepan dengan masalah yang kecil, anda dapat melihat kesannya dengan jelas pada wajah mereka juga melalui tindak-tanduk mereka, pada waktu itu anda merasakan seolah-olah andalah yang telah melakukan kesalahan terhadap mereka.

     Saya dengar seorang pendakwah yang sering memberikan ucapan di hadapan orang ramai di kampung-kampung di Mesir, beliau telah meninggalkan anaknya di Kaherah dalam keadaan sakit tenat. Sedang beliau berucap salah seorang dari keluarganya telah masuk ke dalam dewan syarahan dan menghampiri pentas dan menyerahkan secebis kertas, setelah beliau membacanya beliau lalu meneruskan ucapannya seperti biasa dan dengan para hadirin tidak dapat melihat sebarang kesan. Setelah beliau selesai dari ucapannya beliau terus menjawab berbagai soalan dengan jiwa yang lapang dan dada yang luas. Kemudian orang ramai terkejut apabila mereka mengetahui bahawa cebisan kertas yang diberikan kepadanya tadi membawa berita tentang kematian anaknya yang sakit tenat itu.
 
[Konsep Penguasaan Dalam Kehidupan Dakwah dan Pendakwah]

                                                     ******************************